Overview
News Desk
Media Releases
Archive
Featuring Malaysia
News From Our Trade Friends
Awards Gallery
 
Quick Links
OVERVIEW
PROMOTIONAL PROGRAMS
FACTS & FIGURES
LATEST NEWS
 
Experience Malaysia - To consumer website
View all archives for year: 
SEARCH ARCHIVE
Keyword: 
Month: 
State: 
Activities: 
« Back
MEDIA RELEASE
FOR IMMEDIATE RELEASE
August 2010
Contact : Ms. Trecey J Tojuka
H/P : 088 211 732/248 698
Email : tracey@tourism.gov.my
PELANCARAN RISALAH ‘SABAH 101 DIVE TREASURES’
Tourism Malaysia telah menerbitkan risalah bertajuk ‘Sabah 101 Dive Treasures’ yang menonjolkan pelbagai lokasi selam skuba yang terdapat di seluruh negeri Sabah.
    
Risalah tersebut dihasilkan melalui usaha sama antara pejabat Tourism Malaysia Sabah dengan Sabah Tourism Board dan para penggiat industri selam skuba Sabah.
    
Risalah ‘Sabah 101 Dive Treasures’ ini telah dilancarkan bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Mirza Mohammad Taiyab serta Duta Konservasi Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang (Coral Malaysia), Fauziah Latiff pada 31 Julai 2010 sempena berlangsungnya program ‘Malaysia International Dive Expo’ dari 30 hingga 31 Julai di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ahli Lembaga Pengarah, Sabah Tourism Board merangkap Pengarah Pengurusan Borneo Divers & Sea Sports Sabah, Encik Clement Lee turut hadir di acara tersebut.

Menurut YBhg. Dato’ Mirza, pelancaran risalah tersebut adalah bertepatan sekali kerana ia memberi peluang kepada para pengunjung ekspo untuk memilih Sabah sebagai lokasi menyelam berikutan penutupan beberapa lokasi menyelam utama di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akibat fenomena pemutihan terumbu karang.
    
“Saya berharap bahawa risalah ini dapat membantu mempromosi pelbagai pulau yang terdapat di Sabah. Ini adalah kerana pulau-pulau lain seperti Pulau Mataking, Pulau Mantanani, Pulau Pom Pom, Pulau Sibuan, Pulau Siamil dan Pulau Tiga juga mempunyai tarikan dan keindahan dasar lautnya yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Selain lokasi-lokasi menyelam, risalah ini turut menyenaraikan direktori para pengusaha aktiviti selam skuba serta resort-resort yang beroperasi di Sabah dan peta lokasi-lokasi menyelam tersebut.

Risalah ‘Sabah 101 Dive Treasures’ ini boleh diperolehi secara percuma di semua Pusat Penerangan Pelancongan di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ms. Trecey J Tojuka, Tourism Malaysia Sabah di Tel:088 211 732/248 698 atau Emel: tracey@tourism.gov.my atau layari laman web www.tourism.gov.my.

___________________________________________________________________________________________________

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi & Publisiti, Tourism Malaysia
Tarikh: 31 Julai 2010
Tel: 03-26158188; Faks: 03-26158188
atau emel: sitirahmah@tourism.gov.my
Laman Web: www.tourismmalaysia.gov.my
 Download as pdf file
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD
( MINISTRY OF TOURISM, MALAYSIA )
No.2, Tower 1, Jalan P5/6, Precint 5, 62200, WP Putrajaya, MY
TEL : 603 8891 8000, EMAIL : enquiries@tourism.gov.my
WEBSITE : www.tourismmalaysia.gov.my