Overview
News Desk
Media Releases
Archive
Featuring Malaysia
News From Our Trade Friends
Awards Gallery
 
Quick Links
OVERVIEW
PROMOTIONAL PROGRAMS
FACTS & FIGURES
LATEST NEWS
 
Experience Malaysia - To consumer website
« Back
MEDIA RELEASE
FOR IMMEDIATE RELEASE
July 2012
Contact : Rosalina Abdul Rahim
H/P : 03 - 8891 8712
Email : rosalina@tourism.gov.my
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2013/2014: PERADUAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN
PUTRAJAYA, 26 JULAI, 2012 - Sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2013/2014, Tourism Malaysia akan mengadakan satu peraduan mencipta logo dan slogan yang bermula dari hari ini dan akan berakhir pada 6 Ogos 2012.

Peraduan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin menawarkan hadiah utama bernilai RM50,000 dan 10 hadiah saguhati bernilai RM2,000 setiap satu. Logo yang terpilih akan diguna pakai untuk kempen Tahun Melawat Malaysia edisi keempat yang bakal berlangsung pada tahun depan.

Penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia 2013/2014 ini bertujuan untuk meraikan sambutan jubli emas penggabungan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Sejak pembentukan tersebut, industri pelancongan negara telah berkembang dengan pesatnya tahun demi tahun.

Kempen Tahun Melawat Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1990 dengan tema "Fascinating Malaysia" diikuti edisi kedua pada 1994 bertemakan "Fascinating Malaysia - Naturally More" dan edisi ketiga pada 2007 dengan tema "Celebrating 50 Years of Nationhood".

Kempen VMY merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang ternama. Mengikut Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Malaysia merupakan negara ke-9 yang paling ramai dikunjungi di dunia sejak tahun 2009 hingga 2011. Pada tahun lepas, Malaysia telah mencatatkan kedatangan pelancong asing seramai 24.7 juta orang dengan jumlah pendapatan bernilai RM58.3 bilion.

Pencapaian ini adalah selari dengan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020 yang menyasarkan kedatangan seramai 36 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM168 billion pada tahun 2020.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan mencipta logo dan slogan Tahun Melawat Malaysia 2013/2014, sila lawati laman web Tourism Malaysia di www.tourismmalaysia.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Rosalina Abdul Rahim,
Penolong Pengarah Bahagian Pengiklanan
Tourism Malaysia, Putrajaya
Tel: 03 - 8891 8712
Emel: rosalina@tourism.gov.my

 

 Download as pdf file
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD
( MINISTRY OF TOURISM, MALAYSIA )
No.2, Tower 1, Jalan P5/6, Precint 5, 62200, WP Putrajaya, MY
TEL : 603 8891 8000, EMAIL : enquiries@tourism.gov.my
WEBSITE : www.tourismmalaysia.gov.my